KUALA LUMPUR: Kerajaan menerusi inisiatif yang diterajui oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), menubuhkan pasukan khas bagi membantu 550 pekerja yang terjejas ekoran penutupan kilang Goodyear di Shah Alam.
MIDA dalam satu kenyataan berkata pasukan itu akan membantu penempatan semula pekerja serta menawarkan program peningkatan kemahiran dan latihan semula kepada pekerja yang terjejas.
"Melihat kepada kejayaan usaha terdahulu, MIDA aktif bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Pekerja (Perkeso) serta Jabatan Tenaga Kerja melalui Pusat Pemudahcara Invest Malaysia yang baharu untuk memudahkan bantuan penempatan pekerjaan daripada pelbagai sektor.
"Usaha kerjasama ini menunjukkan potensi mekanisme sokongan yang berkesan bagi membantu mereka yang terjejas berikutan penutupan kilang Goodyear di Shah Alam, menunjukkan komitmen kerajaan terhadap peralihan dan daya tahan tenaga kerja,” kata MIDA.
Menurut MIDA langkah intervensi itu bukti komitmen tidak berbelah bahagi mereka dalam menyokong tenaga kerja yang terjejas untuk mendapatkan peluang pekerjaan baharu, menerusi pendekatan yang berjaya sebelum ini bersama syarikat yang melaksanakan rasionalisasi atau pengecilan operasi.
"Keadaan ini menggariskan kepentingan komitmen MITI dan MIDA untuk menyokong pekerja yang terjejas dan memupuk daya tahan," katanya.
Goodyear, bersama-sama pemegang sahamnya, telah menyelaraskan satu rangka kerja sokongan untuk pekerjanya sebelum memutuskan untuk menutup kilangnya di Shah Alam itu.
"Perkembangan ini merupakan sebahagian daripada langkah operasi global Goodyear bagi mencapai penjimatan kos tahunan sebanyak US$1 bilion menjelang 2025. Syarikat itu menanggung kerugian sejak 2017, mendorong peralihan strategik ke arah mengoptimumkan operasinya,” kata MIDA.
Sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula syarikat itu, ia merancang untuk beralih daripada pengeluar kepada pengedar, menumpukan kepada segmen premium yang menguntungkan, membina keupayaan dalam jualan dan pemasaran, mengukuhkan rangkaian pengedaran, dan menambah baik struktur kos.
Sementara itu, MIDA berkata Malaysia mencapai prestasi pelaburan yang bersejarah pada 2023 dengan pelaburan yang diluluskan berjumlah RM329.5 bilion merentasi pelbagai sektor ekonomi.
Ia berkata dalam sektor pembuatan sahaja, yang menyumbang RM152 bilion daripada jumlah pelaburan diluluskan, sebahagian besarnya iaitu 62.9 peratus, atau RM95.5 bilion pelaburan berasal daripada pengembangan perniagaan sedia ada dan yang mempelbagaikan operasi mereka.
"Ini menunjukkan keyakinan yang kukuh syarikat-syarikat yang mapan terhadap kestabilan ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024
Kilang Goodyear di Shah Alam bakal ditutup dengan kira-kira 550 pekerja terjejas. - Gambar hiasan/media sosial/DagangNews
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Johor kutuk keganasan, ekstremisme
DUN Johor pada Ahad, mengutuk sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme ke atas insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram.
Angka korban akibat banjir di Afghanistan cecah 400 orang
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Sarang lebah kurang di Semenanjung, racun perosak antara punca kepupusan
Lebah kini berada dalam senarai spesies terancam dan dianggarkan tahap kemusnahan serangga itu telah meningkat 42 peratus.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Pembinaan 84 balai bomba baharu itu juga akan seiring dengan jumlah pegawai dan anggota yang berkhidmat di kemudahan itu.
Afrika Selatan menguatkan seruan global untuk tindakan undang-undang dalam krisis Gaza
Usaha terbaharu itu merupakan tindakan penting yang diambil negaranya dalam menyokong hak dan kenegaraan Palestin.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Ia turut didorong serangan tidak dijangka di beberapa wilayah Palestin oleh Hamas, selain kumpulan berkenaan mengumpulkan semula pasukannya di utara Gaza biarpun Israel sebelum ini, mendakwa ia sudah dinyahaktifkan di lokasi terbabit.
Malaysia, Uzbekistan boleh jalin perkongsian strategik bidang berkaitan kepentingan umat Islam
Kedua-dua negara majoriti Islam itu boleh bekerjasama sebagai pasukan yang kuat dalam pelbagai bidang yang mempunyai minat khusus umat Islam.
Kes COVID-19 Singapura naik hampir dua kali ganda
Untuk melindungi kapasiti katil hospital dan sebagai langkah berjaga-jaga, hospital awam diminta mengurangkan kes pembedahan elektif yang tidak mendesak dan memindahkan pesakit yang sesuai ke kemudahan penjagaan seperti Kemudahan Penjagaan Peralihan atau di rumah melalui Mobile Inpatient Care@Home.
Faisal Halim tunjukkan kesembuhan positif - Adam Adli
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim, kini menunjukkan tanda-tanda kesembuhan yang positif.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia PasifikĀ (APEC) harusĀ secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
Kilang Goodyear tutup: Kerajaan tubuh pasukan khas bantu pekerja terjejas
Pasukan itu akan membantu penempatan semula pekerja dan menawarkan program peningkatan kemahiran dan latihan semula kepada pekerja terjejas.
Pasukan khas akan ditubuh periksa peralatan keselamatan setiap bangunan - KP Bomba
Sebuah pasukan khas akan ditubuhkan bagi memeriksa peralatan keselamatan yang dipasang di setiap bangunan agar berfungsi dengan baik.
KPM tubuh pasukan petugas khas selaras semula prasekolah
Fadhlina berkata agenda KPM adalah untuk memastikan kurikulum dan juga isu-isu berkaitan prasekolah seperti dari segi pembelajaran serta silibus dapat diselaraskan semuanya di bawah kementerian.
Sistem perolehan pasukan keselamatan perlu dirombak agar lebih telus - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pasukan khas akan diwujudkan bagi mempercepatkan kelulusan perolehan untuk pasukan keselamatan negara.
Pelan liberalisasi visa diperkukuh dengan langkah kawalan, penguatkuasaan bersepadu
Antara aspek kawalan yang bakal dilaksana ialah mewujudkan pasukan khas Jabatan Imigresen bagi memantau pergerakan keluar pelancong China dan India.
Dua pasukan khas ditubuh percepat usaha pengasingan peranan Peguam Negara, Pendakwa Raya
Mesyuarat pertama untuk meneliti agenda pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya hari ini bersetuju menubuhkan dua pasukan petugas khas bagi mempercepat usaha reformasi itu.
Kerajaan perlu institusikan Ekonomi MADANI bagi pelaksanaan lebih pantas - Ahli ekonomi
Noor Azlan berkata, sebuah pasukan khas perlu diberikan mandat untuk melaksanakan kerangka ekonomi tersebut bersama-sama dengan kerajaan.
Monsun Barat Daya: APM wujud pasukan khas, pantau risiko bencana
Kerajaan menerusi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mewujudkan satu pasukan pemantauan secara rondaan di lokasi titik panas yang berisiko mengalami bencana sepanjang tempoh Monsun Barat Daya.
Malaysia bentuk pasukan khas selaras bantuan kemanusiaan ke Turkiye, Syria
Pasukan Petugas itu diketuai bersama oleh Kementerian Luar dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Isu perkhidmatan Touch 'n Go, KPDN tubuh pasukan khas - Salahuddin
KPDN akan menubuhkan sebuah pasukan khas bagi meneliti masalah berkaitan sistem pembayaran baharu Touch 'n Go yang didakwa bermasalah, sejak kebelakangan ini.